Mereka yang Kool :)

Thursday, September 19, 2013

Kacamata Ini Sudah Boleh Dibuang. Oh Yeah!

Dengan nama Allah yang Maha Membantu Maha Mengasihani...

Boleh buang ke laut. [Kredit]

[Nota warna warni] : Entri kali ini kelihatan hambar. Ya, reflects me well. Senyum. Dan tentunya tidak sesuai lagi buat anda yang belum memasuki gerabak dakwah tarbiyyah ini. Maka, jom saya tarik tangan anda, kita masuk sama-sama. Baru boleh mengikuti blog DBG ni. Heh. Senyum jelir lidah. 

 Alhamdulillah tsummalhamdulillah untuk Jumaat yang ceria dan sesuai sekali untuk kain jemuran di ampaian untuk kering. Heh. 

Alhamdulillah juga kerana untuk saya menghasilkan satu-satu entri buat masa sekarang ini, sangat memerlukan saya merujuk dan men'consult' (hancur bahasa aku) mereka yang jaauhhh lebih lama di jalan ini. Yelah, kata-kata itu ibarat pedang. Kalau tajam sikit, boleh terpotong hati manusia. Eh. 

Bagi yang memahami, mungkin anda sudah maklum yang tarbiyyah ini sangat suka bermain tarik tali. Kadangkala hampir putus dibuatnya. Seriyusli. Yelah, tak selamanya tarbiyyah yang kita perolehi itu ideal dan indah-indah belaka. Sampai satu tahap, kita tidak lagi memiliki satu proses tarbiyyah yang ideal itu. Mengapa begitu? 

Sunnatullah. 

Bukan itu saja, tika kita berjalan dan terus berjalan di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sudah pasti sangat banyak halangan dan pancharoba yang mendatang. 

''Murobbi saya kering lah. Dulu kata sibukkan diri dengan tarbiyyah. Ni sibuk dengan program biasa je. Saya tak faham lah!''
''Bolatan gembira i kadang ada, kadang takda''
''Konferens riang lha ni, dah tak best macam zaman dulu, habaq ang''
 ''Hubby aku tu, memula macam sapot je dNt ni, tapi lama-lama dia pulak yang risau terlebih, nak tidur rumah adik-adik pun tak dapat. Hmphhh.''
''Kan lebih senang ikut je program-program yang disusun oleh atasan. Mudah. Takyah banyak pk.Tak kisah lah adik tu suka tak dengan kita. Kita cuba je''

Ohoiii. Makin lama makin banyak alasan dan masalah yang dihadapkan ke muka comel kita ini. Maka, sukacita saya ingatkan, kalau mata kita masih rabun, dengan TUJUAN SEBENAR dan HALA TUJU kita berada di jalan ini, pasti, kita tewas macam tu je dengan masalah-masalah di atas. Err. Eceli, masalah di atas tu saya reka je. Kalau terkena, padan muka. Heh.


Meh saya tanyakan anda beberapa soalan maut tahap tujuh petala langit.
1. Apa makna usrah pada anda?
2. Mengapa anda kena berdakwah dan ditarbiyyah?
3. Sampai bila anda mahu berada di jalan dakwah dan tarbiyyah?
4. Apa yang anda mahu bila berada di jalan dakwah dan tarbiyyah?
5. Ke mana hala tuju anda bila berada di jalan dakwah dan tarbiyyah?


Soalan-soalan ini saya takkan jawab. Itu untuk kita semua refleksi semula. Dan err jika mahu tahu jawapan sebenar, silakan tanya murobbi anda yang osem itu. Walaweh. Angkat kening. 

Mengapa saya hailaitkan jalan dakwah dan tarbiyyah banyak-banyak kali? Sebab saya nak tekankan, jalan ini istimewa. Jalan ini unik. Jalan ini lain daripada yang lain.

Jika, kita betul betul JELAS dengan hala tuju kita, pasti kita takkan sampai meletakkan dakwah ini di tempat kedua mahupun ketiga dalam hidup kita. 
Kena ingat, hidup ini bukan satu fasa saja. Ia pasti berubah-ubah. Jika dulu, kita belajar, kemudian bekerja, dan berbaitul muslim dan kemudian kitaran itu bersambung lagi. 

''cintailah dakwah ini gila2 dan sesungguhnya , supaya saat kita menemui cinta manusia (berkahwin), kita tidak meletakkan dakwah di tempat ke-2..''
-Ukht D-

Kerana itu, ada sebab mengapa Imam Hassan al Banna letakkan formula kebangkitan tu bermula dengan membina individu muslim yang komplit 10 Muwasaffat Tarbiyyahnya. 

Sesungguhnya dakwah ini tidak pernah memerlukan kita. Bahkan kita yang memerlukan dakwah ini supaya Allah redha dengan kita. 

Sesungguhnya jalan ini bukan untuk orang yang manja. Kerana jika manja terlebih, pasti mudah tertapis dan tertewas. 

Sesungguhnya jalan ini menuntut semua orang di atasnya menjadi harimau yang mengaum! Bukan harimau yang mengembek. Kerana itu salah di sisi fitrah. Bukan ke pelik kalau jalan ke zoo, jumpa harimau berbunyi kambing? Eh.
Kerana itu ia menuntut segalanya dari kita. [Kredit]

Sesungguhnya jalan ini menuntut pengorbanan. Harta, jiwa, perasaan, masa lapang dan segalanya. Jika tidak diluruskan niat lillahi ta'ala, maka, apa yang tinggal untuk kita? Penat sesaje. 

Suka saya ungkit Kisah Nabi Yusuf a.s. Bagi yang tak tahu, boleh buka quran comel anda itu dan cari Surah Yusuf dan baca!

Ya, kerana Nabi Yusuf JELAS dengan hala tujunya di jalan ini, ingin mentarbiyyah manusia itu, maka, ''penjara lebih aku sukai''. Biarlah dirinya dipandang hina oleh segolongan msayarakat pada waktu itu, namun di mata Allah, Nabi Yusuf a.s tetap ''osem''.

Masih ingat lagi dengan kisah Nabi Nuh yang berdakwa selama 950 tahun? Jika saja, Nabi Nuh tidak JELAS dengan matlamatnya berdakwah, tentunya mudah saja alasannya untuk berhenti. Yelah, dakwah secara rahsia sudah. Terang terangan pun sudah. Buat dua-dua serentak pun sudah, masih, kaumnya tak mahu menerima. Sampai tutup-tutup telinga lagi. Dan kita? 

Baru diuji dengan sistem-yang-rasa-macam-ada-tak-kena, atau adik-adik reject kita, gagal peperiksaan dan sebagainya, kita sudah mahu 'berehat'. 
 Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i`tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain".
 [Surah Yusuf 12:108]
Jadi, saya ingatkan diri saya dan kita semua, kita yang memerlukan jalan ini. Bukan sebaliknya. 

Adakah sekarang kita sudah boleh buang kacamata kita? Ya!!!
Jika saja kita nampak JELAS halatuju dan matlamat kita berada di jalan yang sumpah panjang ini. Oh yeahhh!!!


Moga terus tsabbat semuanya. Biidznillah. 



 Wallahualam

 

1 comment:

  1. huhuk. timkiu cik prada. semalam baru terjumpa ayat "inilah jalanku" tu. ^_^

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]