Mereka yang Kool :)

Monday, May 3, 2010

Pembunuh Inche Abah??

Dengan nama Allah , Yang Maha Menciptakan :)


ACUTE MYOCARDIAL INFARCTION

Alhamdulillah, kini setelah abah tinggalkan kami sekeluarga lebih kurang 6 tahun, baru kini aku terdetik nak cari ape 'pembunuh' abah. Dan ya, aku temui. 

ACUTE MYOCARDIAL INFARCTION A.K.A HEART ATTACK. Penyakit ni sinonim dengan orang lelaki yang berumur dalam lingkungan (45-63). Abah masa tu umurnya 45. Puncaya apabila ada gangguan yang terdapat pada 'blood supply' kepada bahagian jantung yang mana menjadikan sel-sel jantung mati. 
Selalunya disebabkan oleh 'blockage' dari koroneri arteri, jadinya ia akan menyebabkan ketidakstabilan dalam penghasilan lemak, dan sel darah putih dalam dinding arteri, jadinya oksigen pun tidak cukup dan boleh menyebabkan KEMATIAN andainya keadaan ini tak ditangani segera. 

Aku kini tak lagi tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi, dulu orang dok kata 'abah sakit dik'. Aku tahu aku tak pernah puas hati dengan jawapan tu, selain ajal di tangan Allah aku perlu tahu secara saintifik, alhamdulillah. Yang penting abah tenang di sana. 

Moga kita berjumpa di syurgaNya ye abah.. insyaAllah.. Adik sayang abah.

Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]