Mereka yang Kool :)

Wednesday, June 4, 2014

Cik Prada, Dah Pukul 2 Pagi Pun!

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui Sedalam-dalamnya Hati...


Oit! Bila hang nak tidoq? Tak bangun qiam hang jaga naah! :p [Kredit]

Ya, jam atuk (baca: grandfather clock) dah pun menunjukkan pukul dua pagi. Dan, saya err. Masih belum mengantuk. Berdebar menanti hari peperiksaan, mungkin? Err. Mungkin tak sangat. Entahlah. 

Sebentar tadi, sempat membuat puding custard kegemaran bersama Puan Emak terchenta. Ya, beliau juga sudah masuk tidur ditemani Chitam, si gumuks gebus. Anda tahu, jujurnya, sudah banyak kali saya menulis untuk entri baru. Tidak menunggu hingga tiga minggu. Namun, err. Semuanya tidak diijinkanNya untuk dipablishkan. Bukan tidak mahu. Tapi hati terasa tidak ikhlas, eh. Suka hati je nak hukum ikhlas ke tak eh. Hehehe. Tapi, hal ini benar. Kerana ternyata entri-entri yang terbit daripada Diari Bulatan Gembira #DGB, mestilah ada ruhnya tersendiri. Baru sampai ke hati anda yang melompat-lompat ingin diisi betoi dak? Kbai. 

Jika anda seorang penulis buku, blog, komik, hatta contengan di buku sekalipun, pasti anda memahami perasaan saya. Apabila, hati kita terlonjak-jakun ingin menyampaikan sesuatu yang dengan ijinNya, bermanfaat bagi ummah, namun, atas faktor tertentu yang kita sendiri pun kesamaran, nggak tahu punca, tak dapat menulisnya dengan baik atau ''ruh''nya tidak ada. Lalu, saya tahu. Satu sesi muhasarawak perlu dibuat. Perlu kembali padaNya. Lari sepecut-pecutnya kembali padaNya. Pencipta yang serba-serbi tahu mengenai luar dan dalam diri kita. 

''Agaknya, aku tak sungguh-sungguh kejar cintaNya, redhaNya, hinggakan hati ini rasa kering sendiri.''

''Adik-adik, macam errr. Mungkin kerana dosa aku yang bertimbun-timbun. Mutabaah amal aku yang tunggang-langgang, jahiliyyah aku yang macam kapal karam''

Dan, ayat-ayat di atas tiba-tiba datang waktu muhasarawak itu. Waktu saya duduk bersamaNya sahaja di sudut masjid pada satu hari itu. Hari yang saya nak bawa diri sorang-sorang. Jauh sekejap dari segala hal dhonia ni. Itulah beruzlah. 
One word : REPENT. TAUBAT. [Kredit]
Pernah satu ketika, saya terdengar seorang ukhti ini, err, entah di mana saya terdengar atau terbaca entah, saya pun sudah tidak hengat, namun, isinya, paling membuatkan saya sangat sangat, sangat, terkesan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan begini. 


''Dakwah ni kan, dia macam rantai makanan. Satu rantai rosak, rantai yang lain habis rosak semua. Kalau pengeluar futur, habis yang premier, sekunder, tertier, fortier semua futur habis. Malah lebih teruk dari pengeluar, mungkin. Ukhti, mohon cek balik hubungan dengan Allah. Moga kita bukan penyebab dakwah di tempat kita terencat.Terbantut. Lumpuh. Cacat.''

-Ukhti N-

Siapa pun Ukhti N itu, saya mahu katakan, saya cintakan beliau lillahi ta'ala. Sumpah! 
Saya suka gelarkan fenomena ini sebagai ''Sapu Bersih''. Ya, dakwah dan tarbiyyah ini adalah anugerah dari Allah. Buat hambaNya yang Dia sayangi dan chentai. Dia turunkan ujian demi ujian, walaupun kekeringan tarbiyyah atau apa sahaja yang seorang murobbi itu rasa, dia masih wajib memberi tarbiyyah yang paling terbaik buat mutarabbinya. 

Ibarat seorang ibu, masa anak-anak kecil, dialah yang buatkan susu dalam botol, anak itu tahu mintak saja. Ibu juga yang bangun malam berjaga dodoikan saat anak terjaga, di masa hitam keluar (baca:blackout), ibu juga pantas bangun dan pasangkan lilin juga kipaskan anak-anaknya, takut, tak mahu kepanasan. 

Ya, kita tahu, itu ibu yang ideal. Yang banyak di pasaran. Eh. Di seluruh pelosok dhonia ini. Murobbi, sepatutnya begitu.

Jika tidak begitu, itulah yang dikatakan, Allah SWT mahu, ''Sapu Bersih'' kita. Dalam kita menyampaikan dakwah dan tarbiyyah manusia yang bermacam ragam, masalah, dan songehnya, Allah SWT mahukan kita dibersihkan. Kerana itu, kata Ukht N itu, jika pengeluar rosak, maka rantaian yang lain ikut sama rosak. Indahnya tarbiyyah. Bila Allah mahukan satu hasil dakwah yang osem lagi berkualiti, maka DIA ''ingatkan'' berkali-kali, bahwasanya dakwah ini boleh jadi terencat jika ada sesuatu yang ''menyekat''.

JAHILIYYAH.


''It doesn't matter how long you are in this path. JAHILIYYAH will eventually chase after you. Choose not to fight, it's your choice anyway. Allah swt never hesitate to replace you with lotsa better persons out there''
-Ukhti-tu-suruh-panggil-dia-ukhti -hot-

Lantas, jangan berasa hairan-separuh-gila-lah-weh jika adik-adik binaan kita di tempat kita membina itu (itupun kalau anda buat kerja membina manusia lah, kalau asyik sibuk dengan program umum tak sudah-sudah tanpa membina rijal, err saya tak pula tahu. Nak terasa? Silakan) tidak menjadi. Boleh jadi kerana kita sendiri yang tidak bersih. Jadi, apa lagi? Mohon lah mandi pakai sabun berkualiti tinggi! Heh. 

Ini bukan bebelan. Saya tak suka membebel. Sebab Puan Emak kata, kalau tak mahu orang buat kita, kita jangan buat orang. Jadi, saya tak mahu dibebel. Maka, saya taknak membebel. Faham ke tak, saya tak tahu. Hehehe. 

Mungkin ini, salah satu fidbek daripada sesi muhasarawak saya tempoh hari. Anda tahu, jika kita renungkan satu persatu kes-kes panda, tinted mirror jenayah yang makin banyak bak sampah selepas perlawanan bola di padang, pada saya, kita sudah tidak ada masa untuk melakukan aktiviti yang err, ''seriously, orang dakwah buat jugak macam ni?''

Err. Itu komen jujur daripada seorang sahabat. 

Apa-apa sahaja lapangan dakwah yang anda ceburi,

  • Lakonan (ada ke?)
  • Penulisan
  • Fotografi
  • Kaligrafi
  • Vlog
  • Penjual kuih
  • Dan lain-lain-letak-sendiri-tak-larat-nak-tulih


Saya mohon, jangan putus asa, jangan berhenti, daripada membina rijal-rijal baru. Binalah dengan tarbiyyah acuan Rasulullah saw. (sambil susun seploh jari macam mintak maap hari raya tuu)

Apa-apa jalan, sebenarnya, saya err. Bersyukur alhamdulillah thummalhamdulillah, Allah akhirnya mengijinkan satu lagi entri yang tidak seberapa ini diterbitkan. Ada rejeki, tunggu buku #DBG pula ya! Doakan. Doakan.

Doakan juga buat Cik Prada dan geng-gengnya yang kini bertungkus lumus mengejar syaheed di medan perang peperiksaan dhonia. 


Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat- lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

[Al Insyiqaq 84:6]

Moga Allah swt mengganjari kecemerlangan dunia akhirat!


Nanti, kita request buat macam ni di sorga sama-sama mahu? Errr [Kredit]
"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah)." 

[Mathurat]



PS: Mabruk alaikuma, barakallah alaikuma, sepupu dan zauj sepupu, moga baitul musleem dibina berkekalan hingga JannahNya!

ps II : Tak sabar ingin bertemu adik-adik di puncak sana. Heh. Moga ''terbuka mata''. Jiwa kental ok!

ps III : Mohon doakan kesihatan ibu seorang ukhti ini, moga kesihatan ibunya cepat sembuh dan tidak merisaukan beliau lagi. Hehe. 



Wallahualam

1 comment:

  1. Macam ditujukan kepada seseorang jer..huhu

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]