[Kredit] |
Alhamdulillah thummalhamdulillah, harini, 16 Jun 2015, terasa mahu berkongsi dua surat yang cukup signifiken bagi insan-insan di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Khas untuk mereka yang kian merasakan diri itu menjadi sang daie robot. Yang bekerja tapi seolah tiada rasa, yang berkata-kata mengenaiNya, tapi tanpa hati. Mana hati?
Lari?
Hilang?
Tak. Sebenarnya, perasaan merasakan hati itu hilang atau mati, tanpa rasa adalah NORMAL sebagai manusia. Jadi, tak perlu sangat lah nak naik-naik kening, atau darah tinggi mengenangkan ke'stress'an berada di jalan ini.
Semoga dengan perkongsian dua surat ini, kita dapat melangkah masuk ke unibersiti Ramadhan dengan hati yang bersih, lapang dan tentunya hidup! Hanya hati yang hidup dapat sensitif kepada dosa dan kefasadan.
Biidznillah!
SURAT RIJAL TANPA HATI
Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?
Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging
yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki
itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya.
Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak
memilikinya.
Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui
keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai &
memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap
hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman
lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya
kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak
terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini
& jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti,
namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.
Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga
mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan &
kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam
& tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang.
Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.
Dia berdiri menunaikan solat MALAM; berusaha khusyuk,
membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan
solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun
berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia
mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini
adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak
melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan
bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?
[Kredit] |
Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya
merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan
kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati
saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar
tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.
Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan
anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika
seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan
hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?
Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat
anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan
namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.
Waalaikumussalam wbth
*********************************************
[Kredit] |
JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan
kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA
hatimu.
Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang
kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam,
jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,
tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya
tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar &
engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu &
memang itu yang sepatutnya berlaku.
Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan
sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa
nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan
melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu,
maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang
untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu
& menentukan ubatnya.
Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu
merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat
dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah &
dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat
-dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah
berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali
kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa
mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka.
Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya
membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika
kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti
ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri,
sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil
contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan
jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.
Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci,
menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali
rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir
dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung
ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan
keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya dalam
penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)
Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat
pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang
sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab
kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran,
sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini
merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya &
menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi
penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada
perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik
kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau
berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.
[Kredit] |
Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai
dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia
memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &
melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah
di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah
ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya
tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam
pengakuanmu. Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang
yang bertaqwa.” (Al-Maidah : 27)
Saudaramu, Hassan Al-Banna .
ps : Sanah helwah buat ukht I, yang sudah menginjak usia. Moga umurmu terus diberkati, terus thabbat di jalan dakwah dan tarbiyyah. Di jalan ini, moga Allah meneguhkan. Tak reti bagi ayat-ayat bunga, nak bagi hadiah 19:33. Senyum.
psII: Sanah helwah buat abang, walaupun mungkin belum lagi bersama saya berada di jalan ini, i know, i pray that Allah will always be with you, thank you jzkk for supporting me and family, thank you for the unexpected surprise that you always give. (selalunya outcome dia macam pfffttt. lol.) Moga kita semua ke Jannah Nya bersama-sama. Biidznillah.
ps III: Selamat menduduki peperiksaan dhonia buat semuanya...! Moga ini menjadi alat yang sumpah berguna buat ummah. Doakan saya dan saya juga turut mendoakan anda semua. Selamat berpanda. Heh. Kbai.
No comments:
Post a Comment
''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''
[Az Zumar 39:9]