Mereka yang Kool :)

Tuesday, December 13, 2011

Epik Pemimpin Bergaya

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui :)

Masih dengan cerita konferens riang baru-baru ini, tengsomuch buat seorang ukht S yang sudi berkongsi cerita itu dan ini. Sharing is kongsi, still. 
Dan, kami membicarakan mengenai masalah akidah. Lalu, apa yang mengusik tangkai jantung ulu hati saya ini adalah apabila ukht S menyebut mengenai akidah-konfusyen. 

''Humans are too confused to be understood'' [Kredit]



Err. Mesti anda nak taip google-terjemahan cepat-cepat kan? Hahaha. Ops. Terlebih gelak.  Ish ish

Mesti anda pernah mengalami senario di mana anda terpaksa ke bahu jalan untuk memberi laluan kepada incek Sultan atau VVVIP. Lagi sedih dan haru apabila anda mungkin sedang dalam kecemasan atau anak anda dah tersangat tidak tahan untuk makan Domino's Pizza atau muntah dan apa saja kecemasan.  


Mungkin ada yang mengeluh, tidak kurang yang menyumpah seranah dan membuat muka kebohsanan. *Mungkinkah saya salah seorang dari mereka?* 
Bukanlah saya ingin katakan bahawa perbuatan itu salah. Namun, ini merupakan salah satu contoh yang menjadikan seseorang itu mengalami kecelaruan akidah. 
Err. (Lagi) Apa yang anda ingin sampaikan sebenarnya ni cik adek ? 


Sabar sabar. Mari kita abaikan konsep 'formaliti' atau protokol di sini. Bukankah di sisi Allah kita semua sama? Mari kembali ke seerah Nabawiyyah. Walaupun Rasulullah pemimpin teragung, dan Baginda kekasih Allah, tidak pula kelihatan baginda seorang yang sangat mementingkan keformalitian. 
Sangat perlu untuk kita contohi baginda hokeyy..!


Ya, saya faham rakyat kini tidak sama dengan rakyat jelata di zaman dolu-dolu. Namun, bila namanya pemimpin, sudah menjadi tanggungjawab dan kuasa untuk menentukan apa yang terbaik untuk rakyat jelata dan paling penting, tak ada kecelaruan akidah ya!


Oh... Adakah post ini perlu digam? Err...


Wallahualam
-islamic desire-






No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers