Alhamdulillah... Pertemuan dengan Ukhti Siti dan 2 adik usrahnya, Ukhti Fatin dan Ukhti Emy menambahkan lagi semangat di jalan tarbiyyah ini. Credit to naqibah Nik Aida for arranging this 'dating'. :)
Dalam perbincangan kami, aku tertarik dengan soalan-soalan Kak Iti (lebih mesra panggil macam ni ;)
1. Perlu tak kita usrah semua orang??
2. Kenapa kita usrah ni? Tak ada metod lain ke?
3. Agak-agak kalau satu hari naqibah kita kata dah tak payah usrah @ dia tersilap dolu-dolu, kita nak teruskan tak?
Phew~ Rasa macam batu hempap kepala ni. (hiperbola sikit).
Kata kak iti, memang perlu kita usrah semua orang. Persoalannya, mampu ke?? Tapi apa-apa pun, kita kena ingat, untuk mencapai Ustaziatul Alam (UA) , semuuuuuuuuuaaaaaa orang kenalah faham Islam agama syumul kita.
5 kaedah dalam dakwah lebih terkesan melalui usrah @ quranic circle@bulatan gumbira atau apa saja anda menggelarnya.
Jadi, kenapa susah-susah kita berusaha selama ni, ada yang berkorban hujung minggu (credit to naqibahku), ada yang jalan kaki jauh-jauh, ada yang mencipta alasan untuk keluar rumah berusrah, ada juga yang berkorban duet minyak dan waktu shopping masa tengah SALE ??
Bukan kerana...
- Ganjaran Allah semata-mata
- Tugas kita di Bumi Allah sahaja
Untuk mendapat keredhaan Allah (MARDHATILLAH) dan mencapai UA, insyaAllah.
Dan, walaupun aku tak 'surrounded' by biah yang solehah, aku tahu aku mesti menjalankan kewajipan aku. Allah pasti takdirkan seseorang yang BERPOTENSI untuk ditarbiyyah. :) Melihat kesungguhan naqibahku, baru pakcik tahu~~~ (nada dlm pendekar bujang terlapok) , bahawa mana-mana kita ditempatkan Allah kewajipan kita untuk istiqamah dalam menarik semula sedare mare kita untuk kembali pada Islam . (DIVERT BUKAN CONVERT)
WAHAI PEMILIK CINTAKU....
Aku mengerti
Indahnya rencana Mu buatku
Untuk itu Ya Rahman
Pandulah aku dan mereka
Agar langkah kami ini
Ditaburi redha dan barakahMu
Moga Tuhanku...
Langkah kami tidak longlai
Saat Mu menjemputku
Untuk 'menuntut' janjiMu
No comments:
Post a Comment
''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''
[Az Zumar 39:9]