Mereka yang Kool :)

Tuesday, April 21, 2015

Ya Allah, Kau Maha Tahu Kami Sudah Bersedia!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi...

Pesanan penaja DBG : [Entri ini ditulis dengan mata yang panda. Jika ada sebarang ketidakfahaman, err, ia disengajakan. Heh. Disklemer juga, entri ini ekstrimli adalah bagi mereka yang only-you-know dan pasti sudah bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah.]

Susun elok-elok! Nnati kita dah nak kena simen! [kredit]

Woha! Err, ok. Maksud saya, Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah thummalhamdulillah, kerana setelah satu dua bulan! Ya! Hampir dua nak jengah tiga bulan dah blog ini sunyi sepi disapa krikk krikk yang agak dahsyat. Hanya post-post di Mukabuku sahaja yang kelihatan kencang. Moga amal sekencang status mahupun kicauan. Heh. 

Jika ditanya apakah perasaan saya saat ini, err. Susah nak ungkapkan. Terasa bagai pertama kali jatuh chenta dengan Allah swt. Anda tahu bagaimana rasa jatuh chenta bukan? Teringat-ingat, rasa tak sabar nak berjumpa, rasa nak selalu ada dengannya, dan paling osem, kita pasti nak buat apa sahaja perintahnya meskipun kita sendiri meluat dengan perkara itu. 

Senyum ciked. [kredit]

Dengan usia tarbiyyah yang baru menjangkau hampir enam tahun, sudah pasti ramai yang menjangkakan bahawa kita adalah seorang figur yang qowiy (kuat), tawadhu' dan mampu menjadi contoh ikutan wa tauladan buat adik-adik binaan. Tak, sebenarnya bukan itu yang menjadi kayu ukur. Kerana kayu ukur sebenarnya bukanlah berapa lama kita ditarbiyyah, berapa tebal buku ucerah kita, berapa banyak bahan sudah kita khatamkan, tetapi yang super duper saiya penting adalah jiwa kita. 

Mungkin mereka yang baru sahaja menapak di jalan ini, hatinya ikhlas dan dia sendiri ikhlas menyucikan Allah. Tiada niat lain melainkan mengilahkan Allah semata mata. Mungkin juga mereka yang sudah lama, amalnya kadangkala rongak di sana sini. Kerjanya tidak total kerana Allah swt. Boleh jadi. Kerana itu, jangan sesekali rasa pelik-pelik terbeliaq mata hang tu jika hadek-hadek binaan menjadi lemah dan lemau. Kerana Allah tahu, boleh jadi, kita belum bersedia untuk betul-betul ''menang'' di ''tempat kerja'' kita. Kerana Allah swt mahu, kita betul-betul sucikan DIA. 


Dan sesungguhnya, menjadi Ansarullah itu bukan percuma. Ada harga yang perlu dibayar. Menjadi seorang penolong agama Allah SWT, menuntut hati kita. Ya! Hati yang suka sangat berbolak balik, bergoncang like oyemji, kalah air pantai. Shew sheww...(bunyi ombak, abaikan, kbai)


A014



Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

[Surah As Saff 61: 14]


Jika lihat ayat di atas, 

Hawariyyun = penyokong agama Allah
Ansarullah = pembantu agama Allah

Jelasnya, tak sama dua orang di atas. Ibaratnya, seorang penyokong atau tukang sorak atau dalam bahasa omputihnya, pompomgerl, dan satu lagi pemain utama. Hah, begitulah.

Dan, bila Allah swt tahu kita sudah bersedia, maka, DIA sendiri yang melantik kita, menukar posisi kita daripada Hawariyyun atau penyokong atau pengikut biasa-biasa, kepada Ansarullah; mereka yang sumpah lejen dan osem dalam menjadi pembantu agamaNYA. Maka, tanggungjawabnya makin berat. 

''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh''
[Surah As Saff 61:4]


Tapi, Allah swt itu Maha Sweet. DIA tak suruh kita kerja sorang-sorang. Atau perasan rasa berat sorang-sorang. Mesti ada support system. Iaitu mereka yang sama-sama bekerja dengan kita. Akhawatifillah.

Kerana Allah swt mencintai saff yang teratur rapi, maka wajiblah bagi kita untuk sama-sama bersedia menjadi batu-bata yang sedia untuk disimen. Sedia juga untuk dibersihkan dan disusun atur. Hoyeahhh!


Batu bata kita menuju Allah, kan? [kredit]


Dan bila bersama, kita lebih kuat! Biidznillah! 




**********


Bila duduk sorang-sorang, jadi terkenang, susah senang di sini. Waktu dicampak, waktu takda yang mahu ambil, waktu tak tahu mahu mengadu pada siapa, waktu merasakan tempat ini sudah tidak ada sinar dan harapan, hehehe, tergelak sendiri. 

Cantik sangat susunan Allah swt, DIA mahu mengajar hambaNya yang satu ini bersabar, jangan kalut nak tengok hasil, proses itu yang paling penting. Jangan kerana diri ini, dakwah itu terencat. Jangan kerana dosa ini, kemenangan itu lambat. Jangan kerana jahiliyyah ini, binaan itu jadi singkat. 

Moga bukan kerana diri ini....


Kerana mungkin kini kita sama-sama sudah bersedia, maka, Allah SWT ijinkan kita bersama-sama bekerja. Moga hambatan-hambatan kita dulu tidak lagi menajdi hambatan sekarang, ok? 

Allahu yusahhil!



PS: Sebenarnya baaaannnnyaaakkkkk nak tulis. Tapi CikPrada tengah dalam kesibukan tahap sotong kurita menyiapkan kertas kajian jenayah sihir yang krikk krikk itu. Jika ada hak-hak yang tak tertunai, culik je saya ok dan bawa lah ke taman-taman syurga (tempat yang ruhi lah tuuuu). Kbai.


 PS II: Ahlan-ahlan ya Rajab. Moga persediaan ke arah Ramadhon yang mulia makin kencang! 








Wallahua'lam

Tuesday, February 3, 2015

Hadiah Allah swt Buat Saya!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Memahami HambaNya...


[Amaran satu per empat keras] : [Entri ini mungkin bersifat personal dan kurang (baca: tak) sesuai bagi yang belum menegnal erti jalan dakwah dan tarbiyyah]


Alhamdulillah setelah sebulan...

Allah swt itu penuhh dengan kezutan! [Kredit]



''Dan antara manusia ada orang yang mempertuhankan Allah secara sampingan (tidak bersungguh-sungguh); maka jika dia memperolehi kebaikan, tenteramlah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia atas mukanya (menjadi kufur). Rugilah dia di dunia dan di akhirat.  Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.  
Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudarat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh. 
Dia menyeru kepada sesuatu yang mudaratnya lebih dekat daripada manfaatnya. (Yang diserunya itu) adalah sejahat-jahat penolong dan sejahat-jahat kawan.''

[Al Hajj 22:11-13]


Dia yang saya kenal tak lama mana pun. Mungkin tak selama saya mengenali Pakcik Rosli jiran sebelah rumah. Dia yang dahulunya saya rasakan agak sukar didekati dan diajak sembang kencang, dengan riak muka yang susah senyum. Tegas, mungkin. 

Haila...

Allah hadirkan sosok yang seorang ini bagi saya yang kian membutuhkan bimbingan dan tangan yang kuat memegang untuk berjalan di jalan ini. Entah sampai bila Allah memberi pinjam beliau kepada saya. Bukan sekali dua saya katakan dalam entri-entri yang lepas, dah buhsan pun anda semua membacanya, bahawasanya jalan ini makin lama makin sukar, ujian makin lama makin pelbagai hingga buatkan kita yang tak berapa ada kudrat ini terasa lelah dan lemah. Bukan benda yang asing juga di telinga kita, rata-rata, ramai sudah yang berkongsi bahawa jalan ini BUKAN untuk mereka yang suka main-main dan manja. Masih memikirkan diri sendiri lebih daripada 'kerja besar'. Mungkin tidak di tahap ini.

Jika dahulu, saya merasakan sangat selesa dan senang hati, dalam menapak di jalan ini bersama mereka yang terlalu saya sayang dan cinta, kerana Allah swt. Akhawatfillah. Sangat-sangat sangkut (baca: attach) hingga akhirnya mungkin saya yang terlupa niat sebenar kita berukhuwwah. Jika benar kerana Allah swt, mana mungkin saat Dia memisahkan kita dari yang lain, atau ada perubahan, kita akan merungut, rasa bawah (baca : down) dan  paling dasat tahap panda gemuk guling turun bukit, kita malah memilih untuk tidak mahu bersama-sama lagi. Mana mungkin!

Sosok yang seorang ini, usianya sangat muda. Tak jauh beza dengan saya pun. Tapi masyaAllah, auranya cukup kuat hingga cukup dengan melihatnya, membuatkan saya termuhasarawak banyak benda. Terdiam juga kadang kala. Visinya sangat jelas, dan beliau bekerja dengan kefahaman yang mantap. Alah, simple nya boleh kata, beliau seorang yang qowiy (kuat) lagi berdisipin. Bukanlah niat saya mahu memuji memujanya hingga hidungnya bisa kembang satu atau dua sentimeter, bukan! Tapi, ada sesuatu yang Allah swt mahu beri dengan kehadiran sosok ini. Alhamdulillah.

Jika dahulu, zaman awal-awal saya ditarbiyyah, benar, sangat terasa mahu melompat-lompat mahu membuat perubahan dan menjadi mereka yang sama-sama menaikkan Islam. Setiap taujih terasa basah, buku nota bulatan gembira terasa penuh dengan isi yang padat, membawa satu fikrah yang sangat jelas dan bagai ditembak-tembak untuk terus beramal. Namun, bila makin lama, makin terasa ujian yang dari pelbagai sudut, hingga dah tak terkata apa. Berat terasa, kerana kita sedang membincangkan tentang satu kerja yang urusannya terus dengan Allah swt, murobbi agung kepada Rasulullah saw. Kerja yang orang biasa panggil ''kerja gila''. Lalu, rasa basah itu kian mengering. Span yang dolu-dolu sangat efisyen kini makin nipis dan nampaknya perlu ditukar baru. Lalu, kita berdoa dan terus-terusan mencari di mana ''rasa'' itu. 

Saya tak tahu bagaimana nak cerita, tapi cukuplah saya katakan, ini bagai satu hadiah paling manis Allah berikan.Di saat kita asyik menadah tangan, sedu-sedan meminta agar diberi petunjuk, Allah swt lebih tahu apa yang kita atau err... apa yang saya lebih perlukan tika ini. 

Satu nafas baru dan tarbiyyah yang segar dari ladang! 
Yang kian tersusun walau menguji mental dan fizikal serta ruh!
Yang pantas mendidik saya erti berlapang dada dan memaknai erti LILLAH,
Yang menyentakkan saya bahawa manja bukan satu pilihan!
Yang menyedarkan saya kerja itu besar dan menuntut segalanya dari saya. 


Dan hadiah ini Allah swt hadirkan dengan sosok ini, masyaAllah.


Saya tak pasti beliau baca atau tidak, tetapi jika beliau membaca, saya mahu beliau tahu, yang rasa berat saya itu tak perlu dirisaukan. Kerana saya juga manusia yang perlukan sedikit sahaja masa untuk beradaptasi itu. Selepas itu, biidznillah, moga Allah swt bersama-sama kita.

Ni baru lejen ukhuwahnyaa... [Kredit]


Inilah hadiah yang selama ini saya minta. Allah swt membalas dengan cara begini. Maka, nikmat mana lagi yang mahu kita dustakan?


Saya tidak tahu sampai bila Allah swt mahukan saya berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, moga sampai saya mati, tapi yang pasti, saya doakan agar tiada langsung ukhti yang gugur melainkan saat Allah swt menjemput pulang dengan ''salam''



2015.
Macam-macam perancangan besar yang ada. 
Ditambah dengan komitmen kepada hak diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan semua (tak larat nak senaraikan, anda tulis sendiri jelah, heheh). Moga semuuuaaa ini menjadi saksi kelak, adanya keberkatan waktu dalam hidup kita biidznillah.


Pergilah kamu, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(Al-Taubah [9] : 41)


Senyum dan genggamlah tangan saya erat-erat agar di saat saya hampir jatuh, saya tahu ada tangan yang kuat menahan saya. Tentunya akhawatfillah, anda semua hadiah dari Allah swt untuk saya. Poreber and eber. Heh. (kuar lep-lep besar denyut-denyut, kbai)


Err, buat adik-adik yang sedang coti-coti Malaysia, jangan syiokk sangat ya. Jangan lemau, jangan futur, jangan senyap. Kontek murobbi anda. Mohon!


[Doa rabithah]

[Kredit]






PS: Jzkk buat anda yang menyokong saya di MukaBuku, moga segala status atau perkongsian memberi manfaat lalu memberi saham di akhirat. insyaAllah!

PS II: Jzkk buat anda yang jenuh membantu saya mengatasi ketakutan berada di tempat yang sangat tinggi. Ohoiii. Sumpah tak nak dah rasa. 





Wallahualam,


Monday, December 15, 2014

Berlagak Pasai Pa?

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Lagi Maha Menguji...


Nak bagi hadiah sebenarnya. Sudi tak..? 


[Kredit]


يَا عِبَادِي: إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً فَلاَ تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ، فَاسْتَطْعَمُونِي أَطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي: كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي: إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً، فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي: إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئاً. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئاً. يَا عِبَادِي: لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيْدٍ وَاحِدٍ، فَسَأَلُونِي، فَأَعْطَيْتُ كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَتَهُ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلاَّ كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ. يَا عِبَادِي: إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ، ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا، فَمَنْ وَجَدَ خَيْراً فَلْيَحْمَدِ اللهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ


 [Hadis riwayat al-lmam Muslim.]
-Hadith 24 Imam Nawawi-
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalamkerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia
dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.

Dan... sesungguhnya, kita tak memunya apa apa. Kecuali dengan seizinNya.
Jadi, nak berlagak apa lagi? Heh.

Wallahualam

Tuesday, December 9, 2014

Sebab Memang Panjang!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati...

[Nota di kaki lima]: Buat yang mencari-cari kemanisan berada di jalan ini, sewaktu awal-awal dahulu...



Tak selamanya janji itu terasa manis... [Kredit]

Dulu, ingat lagi masa awal-awal zaman ditarbiyyah, kita berjanji untuk sama-sama berada di jalan ini walau selama mana pun ia, zaman riang gembira, saat tarbiyyah dirasakan sangat manis, pengisian demi pengisian yang kian tak sabar ditunggu, terasa sangat basah dan menyenangkan jiwa. ''Ya, inilah yang aku mahukan dan inilah yang aku cari selama ini!''


Dulu, bulatan yang kita hadiri, bulatan yang besar. Kalau kita lukis bulatan kat tanah, cantikk je. Sebab ramai. Jadi, bulatan yang kita lukis tu pun jadi bulatan yang sempurna. Masing-masing, waktu itu dirasakan bagai adik beradik. Rapat, segalanya kita mampu kongsi dan ceritakan bersama. Jadi, apabila ada ramai, kita jadi bersemangat untuk ke program-program yang murobbi kita sediakan. Masa tu, kalau ada rasa malas atau berat nak pergi pun, kawan-kawan yang lain mesti tarik jugak sampai kita berjaya pergi program sampai habis. Seronok sangat waktu tu!


Dulu, disebabkan rasa tarbiyyah yang basah dan bulatan gembira yang ideal, ada setiap minggu, buku nota kita penuh dengan tulisan dan idea. Hafalan ayat quran yang best-best pun kita catat dalam buku nota tu kan? Amalan kita makin baik, dah mula pandai solat sunat Dhuha, dah mula membaca surah Kahfi setiap Jumaat, dah tak kekok nak berjinak-jinak memakai skirt, baju yang labuh dan longgar sikit dan mula errr.. bertudung labuh. Semuanya dirasakan seronok bila dibuat. 

Namun...

Realiti jalan ini tak selamanya basah, cantik, ideal, indah dan sempurna. Makin lama, ia makin beranjau. Makin lama, makin banyak membutuhkan masa kita, sudah tidak punya banyak masa membuat hal yang kita suka, makin banyak hak yang perlu ditunaikan, banyak benda perlu difikirkan dan diatur. Lalu, segala rasa manis dan basah itu kadangkala hilang, atau pudar sebentar. Ada ketikanya, pergi ke program dengan hati yang kering, semangat yang tumpul. 

Mengapa begitu?

Kerana sunnatullah, jalan ini memang sangat lama dan tersangat panjang. Sampaikan kita sudah tidak tahu mahu ke mana, terlupa tujuan asal kita ditarbiyyah, tujuan asal kita berada di jalan ini. Maka, ramai juga rakan-rakan kita yang tersungkur. Mungkin kita juga ada kalanya berkira-kira merancang strategi, untuk berhenti di jalan ini. Namun, Allah swt tetap memilih kita, masih ada tangan-tangan yang sudi dihulur membimbing kita kembali. 

Ahdaful tarbiyyah. Ya, boleh saja kita lantang dan kencang berdiskusi tentangnya. Kita mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah hingga akhirnya kita mendapat satu cara pandang islam yang paling jelas. Bila dikatakan haram, maka kita sudah tidak kata ''Alaa, sekali ni je. Puhliss.... atau ni kecik je ni.'' Tak, haram maknanya haram. Halal maknanya halal lah. Takda tengah-tengah ya ladis n jentelmen.

Kita juga mahukan end point bila ditarbiyyah ini, kita mampu beramal dan berinteraksi dengan tarbiyyah ini. Maka, segala perasaan kita, keyakinan kita, fikiran kita dan fokus kita segalanya untuk islam. Untuk bekerja demi islam. 



Agreed? [Kredit]

Memang malu tatkala membaca kisah-kisah perjuangan Hassan al Banna dalam pelbagai siri buku tentang diri beliau, bukannya beliau seorang yang imannya stagnant. Adakalanya beliau juga suka mempersoalkan itu dan ini. Beliau juga banyak kali ditentang, gila-gila ditentang, contohnya semasa kisah pembinaan masjid pertama Ikhwanul Muslimin, hanya kerana ada seorang bukan islam yang mahu menyumbang, maka, orang ramai tidak mahu meneruskan usaha ke arah pembinaan masjid tersebut, namun, itu tidak mematahkan semangat beliau. Contoh kedua, ketika hanya beliau dan rakannya, dua orang sahaja yang mempertahankan prinsip mahu memakai jubah ketika di Universiti, hingga dipanggil oleh pengetua, adakah beliau berasa segan selepas itu? Tidak! 

Dan cerita femes beliau yang berdakwah di kedai-kedai kopi tepi jalan, berjalan dari satu kedai ke ekdai yang lain, adakah beliau berhenti hanya kerana orang tidak mahu mendengarnya? Tidak! Sama sekali tidak. Kerana apa? Beliau jelas dengan ahdaf nya. Jelas dengan matlamatnya. 

Dan kita? Hanya beberapa bulan atau tahun ditarbiyyah (itupun kalau kita buat kerja tarbiyyah lah). dah banyak merungut dan bising. Bak kata ukht X, ''tangan tak jalan, mulut je bising''. Ok, perit rasanya. 


[kredit]

Jangan pula kita menjadi seperti Bani Israel. Tatkala di zaman Firaun, mereka menjadi hamba abdi, dibunuh anak mereka yang lelaki, lalu datang Nabi Musa a.s mengajarkan islam, dan memberikan mereka satu kebebasan mutlak sebagai hamba Allah swt yang merdeka, mereka malah ''rindu'' kembali untuk menjadi hamba abdi untuk Firaun itu. 
Hingga mereka yang ditarbiyyah, yang ikut Nabi Musa a.s menyebarangi Laut Merah, kembali kufur kepada Allah swt. 




[127]
Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

[129]
Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”

[130]
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

[131]
Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


[132]
Dan mereka berkata: “Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu”.

[133]
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

[134]
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

[135]


(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya


[Al A'raf 7:127-135]

Kerana jalan ini memang panjang, hingga mereka yang qowiy (kuat) juga boleh tersadung. Kerana itu, ingatkan semula diri, apa hadaf atau objektif kita mahu ditarbiyyah ini. Jika kerana manusia, kita akan kecewa. Jika kerana cinta, cinta tidak selamanya ada, jika kerana nama, mati kelak tak membawa nama. 



[Kredit]


Obsesi kita sepatutnya hanya RedhaNYA. 


''Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh..''



[At Taubah 9:111]


Moga amal kita makin lama makin kencang. Moga terus thabbat, semuanya. Salam sayang.




ps: Sanah helwah kakak. Sanah helwah semua. Moga diberkati usia kita. Ameen.




Wallahualam

Sunday, October 12, 2014

Nikmat yang Pelik.

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati Maha Memelihara...


''Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?''
[Ar Rahman 55:13]


Saya pasti ramai yang familiar dengan ayat di atas. Dalam surah Ar Rahman sahaja, sebanyak tiga puluh ayat daripada kesemuanya tujuh puluh enam ayat. (correct me if i'm wrong) Saya ripit, 30 per 76. Allah swt mengulang ayat yang sama sejibik. Kita tahu, jika sesuatu itu tidak penting, maka Allah takkan sesekali letakkan ia di dalam Al Quran. Apatah lagi, jika ayat itu berulang-ulang lebih dari sepuluh kali!

Saya terhengat, satu tips daripada Puan Pensyarah Undang-Undang saya yang sungguh kiut miut itu, beliau mengatakan, jika mahu tahu isi-isi penting atau 'hint' tentang tajuk yang bakal masuk hekzem, maka, datang kuliah dan perhatikan, bahagian mana yang beliau tekankan banyak-banyak kali. Maka, itulah yang paling penting dan sangat perlu diberi perhatian. 

cc: adik-adik freshies. Heh.


[Kredit]

Satu dua tiga empat menjak ni, saya tidak putus-putus dikelilingi mereka dan mungkin saya sendiri, yang mengalami satu persatu kejadian yang jika difikir logik akalnya, takkan mampu selamat atau masih hidup di donia ini. Paling koman pun, anda bakal berjumpa saya di Wad Aisiyu. Mungkin. 

Seperti adek bulatan gumbira kesayangan yang baru sahaja kemalangan ketika beliau dalam perjalanan pulang  menaiki kereta bersama rakannya. Kerana terlelap sebentar, kereta itu telah hilang kawalan dan berpusing-pusing hampir terbalik kereta tersebut. Subhanallah, kepalanya terhantuk agak kuat ke tepi kereta. Dan lebih memburukkan suasana, akibat kereta yang berpusing-pusing itu telah masuk ke laluan kenderaan bertentangan, maka, ada kereta yang dari arah bertentangan itu hampir merempuh mereka! 

Saya teringat kata-kata adik ini, ''Masa tu saya ingat Allah je. Dah bersedia nak mati''

Tapi ditakdirkan, belum masanya. Belum lagi. 

Masih ada sesuatu yang belum selesai sebelum pergi bertemuNya. Mungkin. Kerana Dia tahu masih belum bersedia untuk menemuiNya.


Allah.

Besar pertolonganNya, kan adik?

Dan semalam, saya juga melalui detik-detik mencemaskan, apabila hampir dirempuh dengan sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah, dengan kelajuan yang memang boleh membunuh, seriyusli. Jarak antara kereta saya (setelah brek kecemasan) dan kereta tersebut hanyalah 1 cm. Ya,saya berani katakan sedemikian kerana jika saya boleh keluarkan jari saya melalui cermin hadapan, saya sudah boleh pegang body kereta tersebut. Haila incik atau puan atau cik (tak sempat tengok siapakah gerangan hamba Allah ini), moga anda berubah dan moga Allah ampunkan dosa kita. 

Jadi bagi anda yang memandu, jangan ambil remeh soal ini. Jika hari siang, dan terafik lait disediakan, ditambah pula berada di Bandar Kelumpo, kereta sesak dan banyak, saya mohon, mohon dan mohon, jangan jadi rempit. Lebih-lebih lagi kita yang kununnya bergelar daie, tunjukkan qudwah yang baik. 

Itu baru contoh di jalan raya. Banyak lagi kejadian lain yang menuntut pengorbanan dan tak tipu, air mata udah gaya air terjun Ulu Yam mengalir tanpa diminta.

Tak perlu rasanya saya ceritakan semua, kerana kita masing-masing diuji. 

''Kalau senang je, tu bukan dakwah, dik oi'' kata si kakak itu. 

Guruh.



Namun, satu benda yang saya sedar, setiap kali Allah datangkan ujian dan peristiwa yang menggugah jiwa saya yang marhaen ini, DIA pasti tidak pernah lupa, menunjukkan sekali kasih sayangNya. Walaupun, di fasa itu, mungkin saja kita tidak melakukan kerja dakwah sungguh-sungguh, kita masih berbuat jahiliyyah berulang kali dan mengharapkan Allah menutup aib kita, yang mana jika dibuat dengan sesama manusia, kita pasti diberi pakej percuma caci dan maki. Seriyusli tak tipu. (sambil angkat sumpah)


Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang... err...

Hulur tisu kejap. 





Ok sudah.

Dan nikmat merasakan ujian itu satu kemanisan adalah satu benda yang undiskraibebel.
Yang diperoleh jika kita punya satu kefahaman yang mendalam terhadap Islam. Dan percayanya kita pada Allah swt. 

Manis kalah gula-gula seposen lima. Heh. [Kredit]
Agaknya, sebab itulah rukun pertama yang perlu dihadam ialah FAHAM. Maaf, saya tak bercadang mahu menulis panjang. Takut amal tak kencang, sembang saja gebang. 


*********************



Buat du'at yang bekerja,
Yang kerjanya membina manusia,
Yang pernah disindir,
Yang pernah dikeji,
Yang pernah diboikot,
Yang pernah difitnah,


Buat du'at yang berlelah,
Yang lelahnya kerana Allah,
Ada tikanya,
Menangis seorang,
Tak mampu bercerita,
Ada tikanya,
Berkira-kira duit,
Biar lebih untuk membina manusia,
Tak cukup untuk diri sendiri tidak mengapa,
Ada tikanya,
Mampu bertemu keluarga satu hari sahaja,
Ada juga yang melalui panggilan telefon sahaja.

Buat du'at yang merapuh,
Kenang kembali hatimu,
Apakah ikhlas keranaNya,
Apakah kerana sayangkan manusia,
Sudah jauh kamu melangkah,
Sudah banyak DIA membantu,

Teruskanlah,
Walau satu persatu hilang dari kamu,
Teruskanlah,
Walau kau tidak mampu meluahkan,
Walau mereka tidak memahami,
Kerana hakikatnya,
Kamu yang bekerja,
Kamu yang alami,
Kamu jangan lupa.
Kamu rapuh, Allah masih ada.

Ya, Allah masih ada.
Dan tetap ada. 





Wallahualam

Daisypath Happy Birthday tickers