Mereka yang Kool :)

Tuesday, June 25, 2013

Akhawat. Kau Ni Besi Ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Memulihkan

[Kredit]
Kopipes daripada : http://mforum2.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=2081

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
       
        Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
       
        Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.

 **********
Al Fatihah
Alhamdulillah, ukhti Sumayyah telah selamat dikebumikan. Saya yang mendengar berita ini pada mulanya terdiam. Ya, terdiam agak lama. Meskipun ramai yang tahu sekadar umum sahaja, bahawa ukhti ini meninggal berikutan kecederaan serius, namun bagi 'kita' ukhti ini biarpun baru sahaja melangkah di jalan dakwah dan tarbiyyah ini, Allah sudah menjemputnya dengan baik sekali.

MasyaAllah. Sesi refleksi untuk kita yang  kononnya sudah lama di jalan ini. Tidak. Bukan baru dan lama yang jadi ukuran. Kerana Allah tak jeling sebelah mata pun usia kita di jalan ini. Ini soal hati dan amal. Sejauh mana seriusnya kita. Sejauh mana tabahnya kita dalam jalan ini. Bukan yang sering mengeluh tika asap jerebu datang menghimpit, menyesakkan nafas dan dada. Bukan yang bila tak dapat bercuti kerna jerebu, barulah mahu menadah tangan berdoa kerana takut azab Allah. Bukan. Bukan juga yang hanya sekadar mengepost gambar-gambar cantik di instagram. Bukan. Ia lebih dari itu.

Lebih saya teringat kisah-kisah yang diceritakan oleh Prof Dr Yusuf al Qardhawi dalam bukunya Aku dan Ikhwanul Muslimin. Sungguh menyentuh hati. 


Moga rohnya dalam dakapan Ilahi, ukhti. Tenanglah jiwamu, pergilah dengan senyuman. Nantikan kami di Firdaus. Biidznillah.

... Dan ukhti itu bila menjadi akhawat, kekuatannya mengalahkan besi. Senyum.

ps: Satu post pendek bagi insan yang sedang mengambil hekzemnya. Phew. 

ps II : Jazakunnallahu khairan katheera buat teman teman villa sorga Miqdad untuk jagaan yang tidak terhingga. Lebiyu. 

 Wassalam.
 


 
Daisypath Happy Birthday tickers